Friday, October 8, 2010

Ibuku Sayang

Mak sakit lagi. Nak kena potong lg 2 jari. Maknanye habis la semua jari kaki kanan mak. Kesiannya kat mak. Sedih & rasa sayu sgt hati bila keangkan nasib mak camtu. Tp aku insan lemah di sisi tuhanku. Kembali ingatanku padaNYA, terus aku panjatkan doa agar mak cepat sembuh. Tapi ada alternatif lain pulak doktor cadangkan. Letak ulat buat rawatan "Maggot". Halus je ulatnya. Lebih kecik lak tu dr semut. Itupun harga dier seekor RM1. Sekali letak 100 ekor. seminggu 2-3 kali nak kena letak. Wahh...haru gak tu. Tp demi "ibuku sayang" takpe la. Apa sgt la dgn harta yang ada, yg penting mak sihat. Mak tak sedih2 lg.

Keje lak bulan ni cam lemah je...cam takde semangat la pulak. Tp demi rezeki & periuk nasi aku, keje je la cam biasa. Maybe jugak demi angan2 nak pakai "Wide Angle Lens" kot. Hehehe...ops. ke situ lak melencong. Bulan ni rasa cam byk je cuti. Risau gak aku. Takut pulak bos kata per lak nanti. Maklum la..aku ni kan menjaga komitmen keje. So harap2 tak jadi kejadian yg tak aku ingini.

Hahaha..aku citer ni pon sbb tak tau nak isi per kat sini. so, ini je la citer terbaru yg aku nak "update". Rasa malas, tp kalau tak update blog ni..mati lak blog ni cam blog2 yg aku try buat sebelum2 ni. Semua sbb kes malas nak update ler tu. Blog ni pon tak tau sejauh mana kerajinan aku. Ntah-ntah sama je nasib dgn blog2 aku yg lain.

Thursday, September 23, 2010

Kembali menjenguk

Hadeh..dah berhabuk blog aku nih sbb dah lama tak dikemaskini. Sian tull. Sejak mak aku sakit ari tu, aku jd terlupa byk perkara. Aku selalu risaukan kesihatan mak aku, mungkin terlalu byk berfikir ttg mak, buat aku abaikan semua perkara. Mood utk layan facebook pon agak kurang. Tambah lg dgn kesibukan menyiapkan persediaan hari raya ari tu. Last2, mak aku masuk spital..tak beraya jugak aku akhirnya. Takde lagi lodeh hasil air tangan mak aku, takde lagi rendang ayam air tangan mak, takde lagi nasi impit air tangan mak. hurmm..2010 ni mmg byk sgt dugaan utk aku & wife aku. Tp.. Alhamdulillah aku & wife aku berjaya tabahkan hati utk mengharungi dugaan tu. Aku tau semua ni ALLAH nak duga kekuatan semangat aku dan wife aku. Ya ALLAH. Apapun dugaan yg ENGKAU berikan, aku redha dgn ketentuanMU. Namun aku hanya makhluk hidup ciptaanMU. Aku tak cukup kuat untuk menahan dugaan yg terlalu berat. Moga2 ENGKAU meringankan
dugaan2 itu pdku. Amin.

CAMERA aku pon dah lama tak usik. Serasa bagaikan aku hilang imaginasi, hilang idea, hilang mcm2 la hinggakan tak satu pon moment yg aku dpt shoot. Nak shoot wedding pon cam takde mood. Aku mcm lebih suke shoot gmbr utk hobi. Adakah aku sudah berputus asa? tak mungkin. Minat pd photography aku ni dr kecik sampai skrg tak pernah hilang. Cuma aku suke bebas dgn apa yg aku nak abadikan. Itu la yg buat fotografi ni menarik dan bermakna bg aku.

ISTERI aku skrg dah 4 bulan setengah. Hehe..tak sabar rasanya nak tgk anak sulong aku kuar. Macam mana la agaknya rupe anak aku nanti. Sblm ni asik dok cium,timang, bwk jln3 anak org jer. insyaALLAH bulan februari tahun dpn aku timang anak. Ya ALLAH, aku mohon agar ENGKAU peliharalah kesihatan kandungan dlm rahim isteriku dan permudahkanlah dia bersalin nanti. Setiap bulan aku tak sabar nak gi scan perut isteri aku. nak tgk perkembangan anak kecik aku tu.

Tuesday, September 7, 2010

Ibu! Aku Redha Dengan Ketentuan ALLAH.

Sepanjang minggu terakhir Ramadhan 2010. Aku tersentak dr lamunan impian Hari Raya yg indah. 04SEPT2010: Dugaan yang mmg aku sendiri hampir tewas menghadapinya. Namun, segera ingatan ku kepadaNYA. Ya ALLAH. Benar ini dugaanMU padaKU? DI Ramadhan ini? Aku Redha Ya ALLAH kerana ini ketentuanMU. Bagiku, ini mungkin boleh menghapus dosaku padaMU. Walau berat, walau aku rasa hampir mengalah, tp aku sedar segalanya kerana kuasaMU. Ada sebab, ada hikmah mengapa ENGKAU duga aku begini, ENGKAU uji aku begini. Tetapi Ya ALLAH, aku hambamu yang lemah. Hanya mampu berdoa padaMU. Hanya mampu meminta2 padaMU. Semoga ENGKAU perkenankan doa2ku itu Ya ALLAH. Memberi dugaan pada ibuku, seperti satu ujian yg menggoncang nyawa ini. Hanya sedikit nikmat dunia yang ENGKAU ambil kembali dari ibu, cukup menyentap seluruh raga ini tentang kebesaran dan kekuasaanMU. Sesungguhnya, tiada sebesar zarah pun yang berlaku tanpa izinMU. Ingatlah wahai seluruh umat dunia. sesungguhnya ayat itu BENAR. Usahlah kita semua terleka. Bangunlah kita dari kelalaian dunia. Pandanglah ke atas, sujud padaNYA. Memang itu yg bakal membawa kita di sisiNYA kekal abadi. INSYA'ALLAH.

Doa Buat IBU : Ya ALLAH. Kuatkanlah semangat ibuku. Tabahkanlah hati ibuku dalam menjalani hidup sehari-hari dengan kekurangan sedikit nikmat dunia yang pernah ENGKAU berikan sebelum ini. Dan janganlah ENGKAU memberi dugaan dan ujian yang terlalu berat untuknya. Sesungguhnya ENGKAUlah tuhan yang satu, yang pada ENGKAU sajalah tempat aku mengadu dan memohon. Amin.

Wednesday, September 1, 2010

Erm..Sedapnya Pisang.

Pagi ni aku terlewat lg bgn sahur. Punye tido dlm iman aku ni, sampai sedor2 je kul 5.20am. Huh! tak sempat dah nak masak ni. Tetiba mata aku ni tertarik lak kat sesisir pisang. Terus muncul mentol lampu kat kepala aku. Pisang ni byk khasiat dier. Nak hadam pon senang. Aku decide sahur buah pisang je pagi ni. Ermm...sedap tul pisang tu. makan 2 ketul je aku dah kenyang. Alhamdulillah. Kul 8.26am aku sampai opis. Kul 9.20am perut aku menyapa kesunyian. Fuh..berlari anak aku mencari tempat bertapa. Habis kuar semua pisang 2 ketul masa sahur td. Fuhh punye la lega perut aku. Tp bila isi sahur td dah habis kuar. Dtg lak kelaparan yg tak diingini. Huh..tahan bro..tahan. Mcm la tak penah puasa. Buat je la keje apa yg ada kat opis ni. Sat gi lupa la pasal makan. Tak sabar tunggu ptg nak buka puasa. Tahan!!!.

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka ? Esok dah keje ? Waduhh..ribut nih.

Bosannya bila dah pikir esok keje. Bila pikir pasal keje, cam penat jer. Mood raya dah semakin membuak. Mood keje pon agak terganggu. Rehat pegang camera ari ni sbb mlm smlm dah bersengkang mata tunggu bunga api merdeka. LAst2 tak muncul2. Sakit je hati. Takat shoot klcc dr jauh, hari biasa pon leh. 5 photogapher terpedaya mlm smlm kononnya ada bunga api. Termasuk la sorang photog chinese yg dtg dgn ramahnya. Yang bestnye semua pakai NIKON, cuma hak organ sorang je yg pakai CANON..menggelupur kitorg nak ajar dier. Sblm ni tak penah pon try CANON. Kul 2 pagi kitorg gerak balik dgn frust hati dan jiwa ni. Tahun depan tahun baru tak tau lah leh gi lagi ke tak. Tunggu je la nampaknya.


Saturday, August 28, 2010

Rambut Tobek! Bodoh.

Setelah lama aku simpan baekk punye rambut aku, smlm aku gi saloon kononnya nak kasi adjust skit bg menarik n cun tambah hensem lg. Lps cuci aku explain kat tukang tobekkan rambut tu, dier pon start potong. Memula aku releks je. Tgk dkt 2 jam potong tak settle2 gak lg. Aku tgk kat cermin dah tobek rambut aku. Sial punya tukang tobek. Kalau korang yg dok sri gombak tu..ada satu saloon yg tak harus korang pergi dkt new business centre kat Sri Gombak tu. Bermula dari huruf 'K' dan berakhir dgn 'R'. Kalau korang nak bg botak boleh la gi situ. Aku mmg blacklist dah saloon tu. Sampai mati pon aku takkan gi. Baik aku potong sendiri rambut aku. Bodoh punye tukang tobek. Berlagak cam PRO..tapi cam sial!!! Astaghfirullahhalazim. Kurus pahala puasa aku. Siot jer.

Friday, August 27, 2010

Istimewa Ramadhan Tahun 2010 !!!

Salam, apa yg nak aku katakan di sini , kenapa ramadhan tahun ni aku rasa mcm ada yg istimewa. Aku tak tau di mana istimewanya dr tahun2 yg lain. Apa yg aku tahu, mmg perasaan aku rasakan camtu. mungkin ke sbb aku bakal menimang cahayamata tahun dpn?tp tu tahun depan..lambat lagi.. atau aku baru nak terasa kehadiran ramadhan?tak mungkin gak. Takkan la sejahil itu aku hinggakan tak sedar kehadiran ramadhan. Habis mcm mana dgn puasa aku selama ni. Harap2 puasa2 aku selama ni diberkati. Amin.