Thursday, September 23, 2010

Kembali menjenguk

Hadeh..dah berhabuk blog aku nih sbb dah lama tak dikemaskini. Sian tull. Sejak mak aku sakit ari tu, aku jd terlupa byk perkara. Aku selalu risaukan kesihatan mak aku, mungkin terlalu byk berfikir ttg mak, buat aku abaikan semua perkara. Mood utk layan facebook pon agak kurang. Tambah lg dgn kesibukan menyiapkan persediaan hari raya ari tu. Last2, mak aku masuk spital..tak beraya jugak aku akhirnya. Takde lagi lodeh hasil air tangan mak aku, takde lagi rendang ayam air tangan mak, takde lagi nasi impit air tangan mak. hurmm..2010 ni mmg byk sgt dugaan utk aku & wife aku. Tp.. Alhamdulillah aku & wife aku berjaya tabahkan hati utk mengharungi dugaan tu. Aku tau semua ni ALLAH nak duga kekuatan semangat aku dan wife aku. Ya ALLAH. Apapun dugaan yg ENGKAU berikan, aku redha dgn ketentuanMU. Namun aku hanya makhluk hidup ciptaanMU. Aku tak cukup kuat untuk menahan dugaan yg terlalu berat. Moga2 ENGKAU meringankan
dugaan2 itu pdku. Amin.

CAMERA aku pon dah lama tak usik. Serasa bagaikan aku hilang imaginasi, hilang idea, hilang mcm2 la hinggakan tak satu pon moment yg aku dpt shoot. Nak shoot wedding pon cam takde mood. Aku mcm lebih suke shoot gmbr utk hobi. Adakah aku sudah berputus asa? tak mungkin. Minat pd photography aku ni dr kecik sampai skrg tak pernah hilang. Cuma aku suke bebas dgn apa yg aku nak abadikan. Itu la yg buat fotografi ni menarik dan bermakna bg aku.

ISTERI aku skrg dah 4 bulan setengah. Hehe..tak sabar rasanya nak tgk anak sulong aku kuar. Macam mana la agaknya rupe anak aku nanti. Sblm ni asik dok cium,timang, bwk jln3 anak org jer. insyaALLAH bulan februari tahun dpn aku timang anak. Ya ALLAH, aku mohon agar ENGKAU peliharalah kesihatan kandungan dlm rahim isteriku dan permudahkanlah dia bersalin nanti. Setiap bulan aku tak sabar nak gi scan perut isteri aku. nak tgk perkembangan anak kecik aku tu.

Tuesday, September 7, 2010

Ibu! Aku Redha Dengan Ketentuan ALLAH.

Sepanjang minggu terakhir Ramadhan 2010. Aku tersentak dr lamunan impian Hari Raya yg indah. 04SEPT2010: Dugaan yang mmg aku sendiri hampir tewas menghadapinya. Namun, segera ingatan ku kepadaNYA. Ya ALLAH. Benar ini dugaanMU padaKU? DI Ramadhan ini? Aku Redha Ya ALLAH kerana ini ketentuanMU. Bagiku, ini mungkin boleh menghapus dosaku padaMU. Walau berat, walau aku rasa hampir mengalah, tp aku sedar segalanya kerana kuasaMU. Ada sebab, ada hikmah mengapa ENGKAU duga aku begini, ENGKAU uji aku begini. Tetapi Ya ALLAH, aku hambamu yang lemah. Hanya mampu berdoa padaMU. Hanya mampu meminta2 padaMU. Semoga ENGKAU perkenankan doa2ku itu Ya ALLAH. Memberi dugaan pada ibuku, seperti satu ujian yg menggoncang nyawa ini. Hanya sedikit nikmat dunia yang ENGKAU ambil kembali dari ibu, cukup menyentap seluruh raga ini tentang kebesaran dan kekuasaanMU. Sesungguhnya, tiada sebesar zarah pun yang berlaku tanpa izinMU. Ingatlah wahai seluruh umat dunia. sesungguhnya ayat itu BENAR. Usahlah kita semua terleka. Bangunlah kita dari kelalaian dunia. Pandanglah ke atas, sujud padaNYA. Memang itu yg bakal membawa kita di sisiNYA kekal abadi. INSYA'ALLAH.

Doa Buat IBU : Ya ALLAH. Kuatkanlah semangat ibuku. Tabahkanlah hati ibuku dalam menjalani hidup sehari-hari dengan kekurangan sedikit nikmat dunia yang pernah ENGKAU berikan sebelum ini. Dan janganlah ENGKAU memberi dugaan dan ujian yang terlalu berat untuknya. Sesungguhnya ENGKAUlah tuhan yang satu, yang pada ENGKAU sajalah tempat aku mengadu dan memohon. Amin.

Wednesday, September 1, 2010

Erm..Sedapnya Pisang.

Pagi ni aku terlewat lg bgn sahur. Punye tido dlm iman aku ni, sampai sedor2 je kul 5.20am. Huh! tak sempat dah nak masak ni. Tetiba mata aku ni tertarik lak kat sesisir pisang. Terus muncul mentol lampu kat kepala aku. Pisang ni byk khasiat dier. Nak hadam pon senang. Aku decide sahur buah pisang je pagi ni. Ermm...sedap tul pisang tu. makan 2 ketul je aku dah kenyang. Alhamdulillah. Kul 8.26am aku sampai opis. Kul 9.20am perut aku menyapa kesunyian. Fuh..berlari anak aku mencari tempat bertapa. Habis kuar semua pisang 2 ketul masa sahur td. Fuhh punye la lega perut aku. Tp bila isi sahur td dah habis kuar. Dtg lak kelaparan yg tak diingini. Huh..tahan bro..tahan. Mcm la tak penah puasa. Buat je la keje apa yg ada kat opis ni. Sat gi lupa la pasal makan. Tak sabar tunggu ptg nak buka puasa. Tahan!!!.